PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Perbincangan Mengenai Penggunaan Alatan Digital Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Apakah pengalaman anda dalam menggunakan alatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan? 2. Apakah kebaikan menggunakan alatan digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? 3. Apakah contoh alatan digital yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? 4. Nyatakan peranan alatan digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN Teknologi amat penting pada masa kini terutamanya dalam bidang pendidikan. Alatan digital amat membantu dalam diri seseorang pelajar ketika hendak membuat tugasan atau menghadiri kelas secara atas talian. Penggunaan alatan digital mempunyai kebaikan dan sangat berkesan ketika melakukan sesuatu tugasan. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat mempercepatkan kerja yang dibuat ketika menggunakan alatan digital. Selain itu, teknologi dalam pendidikan dapat menjimatkan...