PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PENDIDIKAN


Perbincangan Mengenai Penggunaan Alatan Digital Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Apakah pengalaman anda dalam menggunakan alatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan?

2. Apakah kebaikan menggunakan alatan digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

3. Apakah contoh alatan digital yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

4. Nyatakan peranan alatan digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? 

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN 

Teknologi amat penting pada masa kini terutamanya dalam bidang pendidikan. Alatan digital amat membantu dalam diri seseorang pelajar ketika hendak membuat tugasan atau menghadiri kelas secara atas talian. Penggunaan alatan digital mempunyai kebaikan dan sangat berkesan ketika melakukan sesuatu tugasan. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat mempercepatkan kerja yang dibuat ketika menggunakan alatan digital. Selain itu, teknologi dalam pendidikan dapat menjimatkan masa. Contohnya, penggunaan komputer riba mempercepatkan membuat kerja berbanding dengan menulis. Antara contoh alatan digital yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah komputer riba, ipad, tablet dan seebagainya. Alatan digital ini amat penting kepada pelajar dan guru ataupun pensyarah. Hal ini disebabkan oleh teknologi dalam komunikasi berperanan dapat memudahkan urusan berhubung dan berkomunikasi antara guru dan pelajar. Contohnya, “Google Meet” merupakan aplikasi atas talian yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar dan berbincang mengenai subjek yang diajar kepada murid-murid. Seterusnya, alatan digital berperanan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang yang menarik. Hal ini kerana menggunakan Power Point dalam sesi pembelajaran mempunyai grafik yang menarik dan berwarna-warni yang dapat menarik tumpuan pelajar-pelajar untuk mempelajari sesuatu subjek. Pelajar akan mudah untuk memahami dan mempunyai minat dalam belajar. Contohnya, guru-guru dapat mebuat nota ringkas dalam Power Point supaya dapat meningkatkan pemahaman seseorang pelajar dalam subjek yang mereka pelajari. Teknologi dalam pendidikan amat berkesan dan membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun secara atas talian.

 Top 5 Digital Education Tools for Teachers and Students | by David Williams  | Medium

 

Comments

Post a Comment